12.4.10

Shamim dgn 'adik'nya.. :-)

4.2.10

Akan jadi kenangan

dah lama sgt nak bergambar dengan k.eda/a.naza sefamily..mlm tu baru jadi kenyataan. mungkin ni saja kenangan yang akan disimpan selepas masing2 kena posting xpun pencen.

2.1.10

Sepanjang di TLDM Tanjung Pengelih, Johor

19.12.2009, tamat lah sudah latihan biroh di TLDM Tanjung Pengelih..segala ranjau & dugaan, dilaluinya dgn tabah & cekal. Kalau saya kt tempatnya...kompom lari balik...x sanggup dgn segala latihan & denda yg dikenakan. Apa pun tahniah untuk dia...selamat menempuh alam kerjaya..& jangan lupa family yg byk bg sokongan terutamanya AYAH.




di pelabuhan


Mohd Syamim..


Sibongsu dgn kakaknya...hai adik, kasut pun main blasah je...buruk beno


Budak2 ni paling xcited nak bergambar...adoii, pening


Ini lah wirawati negara...Zubirah Bt Haji Abu Seman


gambar semua family yg hadir 'convo' biroh di TLDM Tanjung Pengelih


kebanggaan ayah...finally berjaya tamatkan latihan TLDM..salute spring


Adam Haikal & Biroh

Kami sefamily dgn mak ndak. Actually 'mak ndak' penah stay dgn kami masa dia stdrd 4 until 6. Masa tu dia sekolah kt SK Taman Segar, Cheras. Kmdn dia balik kg, stay dgn ayah. masa form 6 & upper six, stay dgn kami balik..sekolah di SMK Batu Pekaka, Kuala Ketil


mak ndak dgn anak2 buahnya


syamim & sepupu2nya


ni turn saya lak

besar lg perut zarani dr kepala isterinya...kikiki


konon nak jd hulk hogan..tp badan kurus kering

ayah..tido ker?

mat kodam & mat kobah


mak su & aisyah..maksunya lagi kecik ...hahahahaha

25.10.09

Shamim Oh Shamim

Perdana Menteri Malaysia

On the way ke Chemor, singgah di Sg Perak..untuk breakfast. Sempat lagi Shamim posing kat 'depan' para perdana menteri.

21.10.09

Kenangan Teramat Indah

Ketika menunaikan fardu haji/umrah 2006 (25.12.2005 - 09.02.2006). Kenangan yang x mungkin saya lupakan sampai bila2..sehingga waktu saya upload gambar2 ni, masih terasa sebak setiap kali teringat 'perjalanan' saya sepanjang di Tanah Suci. Rindu yang teramat sangat. Teringin tak terkata untuk mengunjungi semula kedua Tanah Haram. Selalu doakan.. Allah akan menjemput saya lagi untuk menjadi tetamuNya..dan kali ni biarlah bersama suami & anak2. Aminnnn

Masa ni posing dalam Muzium Kaabah dengan Ina (from Sarawak). Belakang kami tu, perigi air zam2 yang digunakan pada berabad lalu. skang ni..dah canggih, dah guna paip.




Masih dalam Muzium Kaabah dengan Ina.



Di depan pintu masuk Masjid Ja'ranah..miqat untuk niat Ihram.

24.9.09

Gambar Raya

Sempat lagi ambik gambar sebelum balik rumah ayah. Tahun ni rasanya raya paling letih. Apa taknya, malam raya menjahit baju saya & aisyah sampai pukul 4.30 pagi...x penah2 saya berjaga selewat tu. X jahit, xde baju raya nak pakai..nak tak nak...terpaksa la jugak. Raais & anak2 dah tido..dah siap semua, dah kena basuh pulak...nasib la Raais terjaga & perasan saya x tido lagi. Dia suh saya masuk tido (pukul 5 pagi) n dia lak sambung basuh baju yang siap jahit tu sambil iron baju raya dia & Shamim. Kiranya solat raya pagi tu kt Kuala Ketil (dalam sejarah), itu pun Raais & Shamim je pegi, saya disuruh tido..risau dia saya pening kepala nanti.

Kunjungan Aidilfitri

Raya tahun ni paling best...Bibi & Syazeli datang beraya kerumah kami..setelah bertahun janji nak datang...yelah dari dorang x kenal satu sama lain, sampai bercinta, bertunang & kawen. Finally, Bibi dh pregnant (cutenyeeeee dia), sampai gak dorang. Haaaa, terlupa...dorang ni kawan2 lama masa kerja kt Ernst & Young, KL dulu. Tp skang ni saya keje kat Butterworth, small audit firm (admin assistant jeee), Bibi dah keje di Jabatan Audit Negara kt Putrajaya (Accountant) & Syazeli lak dengan Jotun (Engineer cat), kt Pudu. Walaupun 'level' dorang lebih tinggi dari kami, tapi kami x rasa perbezaan tu sebab dorang ni sangat humble. Kalau tak, takkan dorang sanggup datang rumah kecik kami..anyway thank you to Bibi & Syazeli sebab sudi datang. Buktinya, kami abadikan dalam blog ni..sebagai kenangan terindah di aidilfitri...wahhhhhh. Menyesal lak x ambik gambar masa Ezdiani & Abd Faizal datang rumah dulu.